Pengenalan
Assalamualaikum kepada pembaca blog semua
Terima kasih kerana memilih blog ini sebagai pemula untuk anda berniaga di Shopee. Saya akan memberi tips-tips dari membuka akaun shoppe sehingga anda berjaya mendapat jualan di Shopee. Terlebih dahulu saya perkenalkan nama saya adalah Muhammad Firdaus b Ambong. Saya berkelulusan Diploma Information Technologi dari Kolej Poly-Tech Mara dan Ijazah Sarjana Muda Information Technology(E-commerce with Multimedia) dari Universiti Kuala Lumpur.
Kenapa Shoppe
Shopee mempunyai pengunjung yang ramai. Dianggarkan sehingga 21 juta pengunjung sebulan dan bersamaan dengan 700,000 sehari. Itu hanya estimate daripada laman web tapi statistik sebenar, biasanya lebih ramai dan kadangkala boleh mencecah 1 juta sehari. Cuba anda beritahu saya, shopping mall mana di Malaysia yang ada pengunjung sehingga 1juta sehari. Ataupun 100,000 pengunjung sehari. Kalau ada beritahu ye, saya nak tahu.
Disebabkan oleh pengunjung yang ramai, maka kebarangkalian untuk sesuatu barangan itu terjual adalah lebih mudah dan cepat. Asalkan barangan anda mempunyai keunikan yang tersendiri, harga pun OK dan menarik, memang laju je.
Shopee ini lebih kepada anda main”volume”. Kuantiti yang banyak. Biar untuk sikit, yang penting produk habis dan cepat terjual. Kalau anda baru bermula, boleh cuba 1 atau 2 produk dulu untuk tahu selok belok dan modalkan RM500 untuk mencuba
Comments
Post a Comment